Sambutan Perayaan Pelbagai Kaum
Pada zaman modenisasi ini, isu perayaan pelbagai kaum yang disambut oleh masyarakat Malaysia sering menjadi bualan. Pada hakikatnya, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,agama dan budaya. Persoalannya, apakah rasionalnya kaum yang pelbagai ini menyambut perayaan kaum lain? Amsalnya Tahun Baru Cina turut disambut oleh kaum India dan Melayu. Persoalan tersebut akan dibincangkan ke akar umbi.
Pada sudut pandangan saya, salah satu daripada kepentingan sambutan sesuatu perayaan dan pelbagai kaum ialah dapat menambah pengetahuan tentang adat resam sesuatu kaum. Hal ini demikian kerana, apabila meraikan perayaan tersebut secara tidak langsung pembelajaran tentang budaya mereka telah berlaku. Tamsilnya, apabila masyarakat cina berkunjung ke rumah orang melayu, mereka akan makan menggunakan tangan ataupun sudu dan garfu. Apabila orang Melayu ke rumah orang Cina ataupun India biasanya tiada hidangan daging. Impaknya pengetahuan tentang adat resam sesuatu budaya dapat ditingkatkan dan diamalkan. Maka sudah terang lagi bersuluh, bahawa dengan amalan sambutan perayaan ini dapat mendorong masyarakat Malaysia saling mempelajari adat resam.
Selain itu, kepentingan sambutan perayaan pelbagai kaum ialah dapat mengeratkan hubungan. Umumnya mengetahui bahawa sukar untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai contoh, semasa perayaan disambut masing-masing pasti akan berlakunya khabar. Kesannya, hubungan erat dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dapat dijamin. Pendek katasatu daripada kepentingan sambutan perayaan oleh pelbagai kaum ini dapat meningkatkan perpaduan.
Seterusnya, kepentingan sambutan perayaan pelbagai kaum ialah supaya tidak mengetahui/tidak lupa adat resam dan budaya. Hal ini disebabkan ia merupakan identiti untuk setiap kaum. Bukan sahaja identiti malah ia juga sebagai penghormatan kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Misalnya, memakai pakaian tradisional semasa hari tradisional, memasak makanan tradisional dan memberikan ang pow sebagai tanda penghargaan kepada kaum lain. Implikasinya, ia boleh mengekalkan tradisi dan adan resam kaum serta mengeratkan hubungan antara kaum lain. Sesungguhnya, satu daripada kepentingan menyambut pelbagai perayaan ialah tidak lupa adat resam dan budaya.
Comments
Post a Comment