Posts

Sambutan Perayaan Pelbagai Kaum

          Pada zaman modenisasi ini, isu perayaan pelbagai kaum yang disambut oleh masyarakat Malaysia sering menjadi bualan. Pada hakikatnya, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,agama dan budaya. Persoalannya, apakah rasionalnya kaum yang pelbagai ini menyambut perayaan kaum lain? Amsalnya Tahun Baru Cina turut disambut oleh kaum India dan Melayu. Persoalan tersebut akan dibincangkan ke akar umbi.            Pada sudut pandangan saya, salah satu daripada kepentingan sambutan sesuatu perayaan dan pelbagai kaum ialah dapat menambah pengetahuan tentang adat resam sesuatu kaum. Hal ini demikian kerana, apabila meraikan perayaan tersebut secara tidak langsung pembelajaran tentang budaya mereka telah berlaku. Tamsilnya, apabila masyarakat cina berkunjung ke rumah orang melayu, mereka akan makan menggunakan tangan ataupun sudu dan garfu. Apabila orang Melayu ke rumah orang Cina ataupun India biasanya tiada hidangan...